Isnin, 26 Februari 2018

Baja organik untuk orkid

Assalamualaikum Dan salam sejahtera..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengarang dan berkongsi ilmu yang sedikit ini.  Harini saya nak berkongsi sikit cara2 pembajaan orkid saya secara alami.hihi.. Selama 3 tahun saya menjaga orkid, tidak sekali pun orkid saya dibajai oleh baja kimia. Haaaa gituuu..

Baiklah sekarang saya akan kongsikan cara bagaimana saya hasilkan baja orkid sy.

Bahan utama ialah kulit bawang merah, kebiasaanya saya akan kumpul kulit bawang merah selama dua minggu baru nampak banyak sikit, bahan kedua ialah gula merah, gula merah ni bergantung pada banyak mana kulit bawang merah. Contoh macam saya kumpul dua minggu dapat lah satu plastik merah sederhana besar tu, jadi saya akan gunakan dua sudu besar gula merah.  Untuk bahan ketiga adalah air, sy guna air paip sahaja.

Caranya, ambil bekas besar ( saya guna tong cat yang 7liter) masukkan kulit bawang merah, gula merah dan akhir sekali air, air ni isikan penuh. Kemudian biarkan die beberapa jam, kebiasaanya sy akan buat waktu pagi dan biarkan sehingga petang. Ade orang akan peram selama seminggu. Tapi saya cuma separuh hari sahaja.

Setelah petang, boleh disiram pada pokok orkid, siram sekali dengan kulit-kulit bawang itu sekali. Amalkan sebulan 2kali pembajaan ini. InsyaAllah orkid kerap berbunga dan daun menjadi hijau berkilat.

Ini sebahagian bunga orkid saya.. Akan satang saya akan kongsi baja ke dua saya dan sebahagian orkid saya yang lain. Terima kasih sudi membaca, dan selamat mencuba baja organik ini.


 





Sabtu, 10 Februari 2018

Kerepek Pagoda rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harini baru berpeluang update blog maklumlah sejak bisnes kecil-kecilan yang untungnya RM5 sehari agak Bz la hihi.  Entry yang lepas pasal petua hilangkan lenguh2 badan tu xtau cmne boleh hilang.

Baiklah berbalik pada saya, harini saya nak syer cara buat kerepek pagoda yang rangup, kerepek inila yang saya jual.

Bahan-bahan:

1. Tepung gandum 1kg
2. Bawang merah 5 ulas *
3. Lada kering 15tangkai kalau nak pedas boleh tambah lagi *
4. Ikan bilis dalam agak2 segemgam *
5. Majerin 2 sudu besar *
4. Air 1 gelas *
6. Garam 1 sudu teh *
7. Gula satu sudu besar *
8. Telur 1 biji *
9. Daun kari (masa menggoreng)
10. Minyak

cara-cara:

1. Bland kan semua bahan bertanda * diatas sampai hancur lada kering
2. Masukkan tepung gandum 1kg kedalam bekas
3. Gaulkan bahan yang dah di blander tadi ke dalam tepung, gaul sehingga betul2 sebati menjadi adunan,
4. Bulat2 kan adunan tadi sebesar penumbuk tangan
5. Kemudian mesin adunan sehinnga nipis (saya guna mesin mee), apabila adunan sudah menjadi nipis gunting adunan tadi menjadi 3 bahagian supaya senang nak mesin menjadi bentuk kerepek pagoda
6.setelah digunting bolehlah dimesin kepada bentuk halus2
7. Panaskan minyak, goreng sehinnga masak.
8. Toskan
9. Siap untuk dimakan

Ini mesin Mee saya, dan contoh tepung yang dah dibulat2 kan

Ini yang baru lepas angkat

Ini kerepek yang saya jual. 250g/Rm3

Ok semua, selamat mencuba tau. Kalau nk rasa kerepek sy buat pun boleh juga. boleh wasap saya di no 01151110854.