Isnin, 26 Februari 2018

Baja organik untuk orkid

Assalamualaikum Dan salam sejahtera..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengarang dan berkongsi ilmu yang sedikit ini.  Harini saya nak berkongsi sikit cara2 pembajaan orkid saya secara alami.hihi.. Selama 3 tahun saya menjaga orkid, tidak sekali pun orkid saya dibajai oleh baja kimia. Haaaa gituuu..

Baiklah sekarang saya akan kongsikan cara bagaimana saya hasilkan baja orkid sy.

Bahan utama ialah kulit bawang merah, kebiasaanya saya akan kumpul kulit bawang merah selama dua minggu baru nampak banyak sikit, bahan kedua ialah gula merah, gula merah ni bergantung pada banyak mana kulit bawang merah. Contoh macam saya kumpul dua minggu dapat lah satu plastik merah sederhana besar tu, jadi saya akan gunakan dua sudu besar gula merah.  Untuk bahan ketiga adalah air, sy guna air paip sahaja.

Caranya, ambil bekas besar ( saya guna tong cat yang 7liter) masukkan kulit bawang merah, gula merah dan akhir sekali air, air ni isikan penuh. Kemudian biarkan die beberapa jam, kebiasaanya sy akan buat waktu pagi dan biarkan sehingga petang. Ade orang akan peram selama seminggu. Tapi saya cuma separuh hari sahaja.

Setelah petang, boleh disiram pada pokok orkid, siram sekali dengan kulit-kulit bawang itu sekali. Amalkan sebulan 2kali pembajaan ini. InsyaAllah orkid kerap berbunga dan daun menjadi hijau berkilat.

Ini sebahagian bunga orkid saya.. Akan satang saya akan kongsi baja ke dua saya dan sebahagian orkid saya yang lain. Terima kasih sudi membaca, dan selamat mencuba baja organik ini.


 





1 ulasan:

  1. How to make money at casinos.com - Work4Life
    How can you make money at casinos.com from scratch? หารายได้เสริม — If you're interested in online 바카라 사이트 gambling, there is something to help you make money. 샌즈카지노

    BalasPadam